BRIGHTON 4 CHELSEA 1

Graham Potter mempertahankan keputusannya untuk meninggalkan Brighton & Hove Albion demi merealisasikan impan mengemudi Chelsea selepas diejek peminat The Seagulls.


Potter kembali ke Stadium Amex bagi pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi, selepas menghabiskan tiga tahun di Brighton yang menyaksikan sentuhannya mengubah kelab kerdil itu menjadi sebuah pasukan yang mempunyai corak permainan menghiburkan sebaik mengambil alih ketika kelab sedang bergelut pada 2019.

Kepulangan pertamanya ke Brighton bersama pasukan baru, Chelsea, disambut dingin oleh oleh penyokong tuan rumah yang turut menyanyikan "Esok pagi anda akan dipecat".

Brighton memenangi perlawanan itu 4-1, secara tidak langsung menghadiahkan Potter kekalahan pertamanya di Chelsea, sekali gus menghalangnya muncul satu-satunya pengurus berbangsa Inggeris yang tidak tewas dalam 10 perlawanan pembukaannya sementara kemenangan pertama rakan sejawatannya, Roberto De Zerbi.

Apabila ditanya mengenai penerimaannya selepas perlawanan itu, Potter mempertahankan dirinya.

"Tiada apa-apa yang perlu saya mohon maaf, saya tiada ada sebab untuk minta maaf," katanya kepada pemberita.





"Saya telah melakukan tugas dengan baik, pasukan ini dalam prestasi yang bagus. Saya mengambil alih ketika mereka berada di tempat keempat terbawah EPL, mungkin pasukan ketiga paling teruk (dalam kancah).

“Banyak wang dapat dijana hasil penjualan pemain dan terdapat ramai pemain yang bagus di atas padang.

"Saya berharap pengurus mereka yang seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan baik dan mengendalikan mereka dengan cemerlang."