Bernd Leno menegaskan tiada hubungan buruk selepas dia meninggalkan Arsenal sambil menyokong The Gunners untuk ditabalkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penjaga gol Jerman itu meninggalkan Stadium Emirates atas sebab yang tidak diingini dengan mendedahkan bahawa politik di kem berkenaan mempengaruhi pemergiannya, seterusnya berpindah ke Fulham pada musim ini.

Komen itu mengejutkan pengurus Arsenal, Mikel Arteta, memandangkan Leno seolah-olah menuding jari kepada bekas majikannya tersebut selepas tamat tempoh empat tahunnya di utara London berkenaan.

Aaron Ramsdale menjadi sebagai pilihan utama dan telah membantu kelab itu menguasai persada EPL dengan lima mata, lantas Leno enggan melanjutkan sebarang sentimen negatif terhadap The Gunners.

"Saya tidak mempunyai perasaan toksik mahupun buruk terhadap Arsenal," kata pemain berusia 31 tahun itu kepada Standard Sport.

A post shared by Bernd Leno (@berndleno1)


“Ia tidak berakhir dengan cara yang sempurna tetapi saya disambut baik di Emirates.

"Saya mendapati peminat datang kepada saya berkata, 'terima kasih atas empat tahun anda. anda sangat bagus'.

"Saya sangat gembira dengan persembahan saya.

"Walaupun mereka meminggirkan saya, saya tidak melakukan sebarang kekecohan.

"Saya datang melalui pintu depan dan saya keluar melalui pintu depan. Saya masih berhubung dengan kelab."