Xavi mengisytiharkan Barcelona 'tidak layak' untuk mara dalam Liga Juara-Juara selepas gagal menewaskan Inter di laman sendiri awal pagi tadi.

Robert Lewandowski mencatatkan 14 gol dalam semua kejohanan musim ini -- hanya Erling Haaland yang menjaringkan lebih banyak gol dalam lima liga teratas Eropah -- dengan dua gol penyamaan lewat dalam keputusan seri 3-3 yang mendebarkan menentang Inter.

Penyerang Poland itu terlebih dahulu menyamakan kedudukan selepas Nicolo Barella dan Lautaro Martinez meletakkan Inter di hadapan berikutan gol pembukaan Ousmane Dembele, sebelum membatalkan jaringan Robin Gosens pada minit ke-89 tiga minit kemudian.

Lewandowski kini mempunyai lima gol dalam dua perlawanan Liga Juara-Juara pertamanya untuk Barca di Camp Nou, walaupun itu tidak bermakna bagi Xavi selepas Barca ketinggalan tiga mata di belakang Inter dengan hanya tinggal dua perlawanan lagi.

"Jika anda tidak menewaskan Inter di tempat sendiri, anda tidak layak untuk meneruskannya," kata ketua jurulatih Blaugrana itu.

"Sekarang ia tidak bergantung kepada kami lagi, kami tidak layak untuk meneruskan dalam Liga Juara-Juara. Ia amat mengecewakan.

"Jika seorang pemain atau yang lain melakukan kesilapan sebagai pengurus, itu adalah tanggungjawab saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya apabila pemain saya melakukan kesilapan.

“Kami terpaksa kekal fokus dan sebaliknya kami meneruskan permainan dalam separuh masa kedua dengan kurang baik, tetapi ia tetap menjadi kesilapan jurulatih.

"Di hadapan penyokong yang luar biasa, anda terpaksa melakukan lebih banyak lagi. Saya kecewa dan pertandingan ini sangat kejam kepada kami."