Barcelona merupakan pilihan terakhir Erling Haaland dalam jendela perpindahan musim panas lalu sebelum penyerang itu akhirnya memilih Manchester City.

Bapanya, Alfie Haaland, mendedahkan situasi itu dalam satu bekas bintang Borussia Dortmund dalam sebuah dokumentari berjudul The Big Decision.

“Dalam senarai kami, saya fikir City adalah pasukan terbaik,” katanya.

“Bayern Munich adalah nombor dua. Kami mempunyai Real Madrid sebagai nombor tiga, Paris Saint-Germain (PSG) di nombor empat,” katanya dipetik daripada The Times.

“Kami juga mempunyai beberapa tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) selain City yang agak bagus termasuk Liverpool dan Chelsea. Begitu juga Barcelona. Mereka berada di dalam barisan yang sama.”

Alfie Haaland yang pernah mewakili The Citizens menjelaskan masa depan Robert Lewandowski dan Kylian Mbappe turut memainkan peranan dalam keputusan Haaland yang kini mengumpul 11 gol liga.

"Salah satu kriteria ialah sama ada kelab itu memerlukan No 9," katanya.




“City diberi markah 10 (daripada 10) dalam soal ini. Bayern Munich cuma mendapat satu mata kerana mereka tidak memerlukan No 9. Mereka sudah mempunyai pemain terbaik sebagai No 9, tetapi jika Lewandowski pergi, maka mereka tidak mempunyai orang lain.

“Ia akan menjadi agak kontroversi untuk pergi ke Munich tetapi apabila kita menelitinya, mereka adalah salah sebuah pasukan terbaik. Real Madrid mendapat lima atau enam marka. Mereka sudah memiliki Karim Benzema, dan adakah mereka akan mendapatkan Mbappe?”