Raja pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, sah memilih Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya.

Dalam satu hantaran yang dikongsikan di media sosial pasukan trek dan balapan universiti berkenaan, poster atlet berusia 18 tahun itu dimuat naik berserta kapsyen yang mengalu-alukan kedatangannya.

“Malaysia ke Auburn. Selamat datang Azeem Fahmi,” tulis hantaran tersebut.

Pemilihan Azeem untuk melanjutkan pelajaran ke universiti berkenaan menyaksikan anak jati Perak itu akan berguru bersama bekas pemegang rekod dunia 100 meter, Leroy Burrell, yang bertindak sebagai ketua jurulatih trek dan balapan Universiti Auburn.

Seblum ini, isu Azeem akan melanjutkan pelajaran hangat diperkatakan selepas dia memecahkan rekod 100m kebangsaan dalam Kejohanan Remaja dunia di Cali, Colombia menerusi catatan 10.09 saat.

Dia memadamkan rekod lama milik Khairul Hafiz Jantan, 10.18s, yang dilakukan dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2016.

Kredit: Sinar Harian