Atletico Madrid mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Axel Witsel secara perpindahan percuma selepas pemain itu meninggalkan Borussia Dortmund.

Kontrak Witsel bersama BVB tamat pada penghujung bulan lalu dan selepas menghabiskan empat tahun di Dortmund, dia kini mengikat kesepakatan setahun bersama Atletico.

Atletico pada asalnya dilaporkan berminat untuk mendapatkan Boubacar Kamara tetapi dikatakan mengubah tumpuan mereka kepada Witsel sebaik pemain berusia 22 tahun itu menyertai Aston Villa.

Pemergian Hectar Herrera ke Houston Dynamo juga menyaksikan Diego Simeone perlu memperkuatkan jentera tengah Atletico.

Dan dengan kehadiran Witsel, 33, dia dapat menambah kemampuan dan pengalaman di bahagian itu, di mana pemain kebangsaan Belgium itu merupakan pemain utama Dortmund sehingga dia meninggalkan pasukan berkenaan.

Witsel melakukan 39 penampilan Bundesliga musim lalu dan membantu Dortmund menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Bayern Munich tetapi keputusannya untuk meninggalkan pasukan itu sudah lama dijangkakan."