Federico Chiesa menjaringkan gol terpantas dalam separuh masa kedua ketika Juve mengatasi Chelsea 1-0 di Turin semalam.
Juve hadir ke dalam perlawanan dengan dua kemenangan daripada enam perlawanan Serie A musim ini, namun mereka mudah mengatasi Malmo dalam aksi pembukaan saingan Liga Juara-Juara.
Ia merupakan kali keempat Juve memenangi dua perlawanan pertama dalam saingan UCL tanpa dibolosi -- dua yang terakhir (musim ini dan 2018-19) di bawah kendalian Allegri.
Allegri menjelaskan kemenangan itu membenarkan Juve untuk terus berkembang di bawah kendaliannya selepas menggantikan Andrea Pirlo sebelum musim baru bermula.
4 - This is only the fourth time Juventus have won their first two matches of the Champions League group stage without conceding a single goal: the last two (this year and 2018/19) have been under Allegri. Flight.#UCL #JuveChelsea pic.twitter.com/pagJYoF3dT
— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) September 29, 2021
"Penting untuk memperoleh tiga mata, kemenangan itu adalah langkah terbaik untuk melepasi peringkat kumpulan," kata Allegri.
"Ia juga penting buat pasukan kerana mengatasi lawan yang muncul juara Eropah. Kemenangan ini baik untuk semula bangkit menyuntik semangat pasukan.
"Kami bermain baik berdepan lawan yang memiliki kelebihan daripada segi fizikal; lawan yang bertahan dengan baik. Kami tidak memberikan ruang kepada lawan, kami turut memiliki peluang dan berasakan mampu bermain dengan lebih baik.
"Ini membantu kami memahami uuk mencapai objektif yang lebih besar dalam perlawanan sebegini."