Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, memuji persembahan pasukannya pada separuh pertama musim dan terbuka untuk mendapatkan pemain baru pada jendela perpindahan Januari.

The Gunners menuju ke perlawanan malam ini bertemu Wolves, aksi terakhir sebelum Piala Dunia, mendahului Liga Perdana Inggeris dengan 34 mata.

Skuad kendalian Arteta sudah menjangkaui jangkaan awal musim ini, dengan objektif utama bersaing dalam kelompok empat terbaik, namun kekurangan pemain dalam skuad mungkin menjadi masalah untuk mereka menamatkan musim.

Arsenal telah dikaitkan dengan beberapa pemain baru, antaranya Mykhalo Mudryk dari Shakhtar Donetsk, sementara berminat untuk menandatangani pemain Orlando City, Facundo Torres dan Danilo dari Palmeiras.

Ketika Arteta tidak menjelaskan secara spesifik, dia mengesahkan aktiviti dalam jendela perpindahan merupakan agenda utama.

“Beberapa pemain dan pengalaman yang mereka miliki bukanlah yang terbesar, tetapi kami telah bersaing dengan cara yang mengagumkan sehingga kini," katanya.

"Sudah tentu, kami boleh meningkatkan mutu pasukan, kami akan sentiasa mencari untuk melakukannya sebagai sebuah kelab. Jendela ini tidak dapat diramalkan, terutamanya dengan Piala Dunia di tengah musim. Kami akan melihat dan cuba menjadikan skuad lebih kuat.

“Kami akan aktif kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku dalam Piala Dunia, saya berharap semua pemain bebas daripada kecederaan."