Mikel Arteta berkata Pablo Mari dalam keadaan stabil selepas dia ditikam dalam insiden berhampiran Milan, manakala Arsenal berkata mereka telah diberitahu pemain pertahanan itu, yang dipinjamkan ke Monza, 'tidak mengalami kecederaan serius.

Bek tengah Brazil itu adalah salah seorang daripada beberapa orang yang cedera dalam kekecohan yang berlaku di sebuah pasar raya di Carrefour, kelab Serie A Monza mengesahkan semalam.

Arteta memberikan ulasan ringkas mengenai situasi itu ketika bercakap kepada media selepas perlawanan, Arsenal mengalami kekalahan pertama dalam saingan Liga Europa apabila tunduk 2-0 kepada PSV Eindhoven.

"Saya baru sahaja mengetahui mengenai perkara itu," katanya. "Saya tahu bahawa [pengarah teknikal Arsenal] Edu telah berhubung dengan saudara-maranya, dan dia berada di hospital, dan dia nampaknya dalam keadaan yang stabil.

"Tetapi saya tidak tahu, saya akan mengadakan perbincangan selepas ini dan jelas kami akan berhubung dengannya, dan harap dia tidak apa-apa."

Arsenal mengeluarkan kenyataan kelab, menjelaskan mereka telah berhubung dengan ejen Mari.

"Kami semua terkejut mendengar berita mengerikan tentang insiden tikam yang berlaku di Itali, yang telah menempatkan beberapa orang di hospital termasuk bek tengah kami yang dipinjamkan, Pablo Mari," menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab.

“Kami telah berhubung dengan ejen Pablo yang memberitahu kami dia berada di hospital dan tidak mengalami kecederaan serius.

"Kami sentiasa memikirkan tentang keadaan Pablo dan mangsa lain dalam insiden yang mengerikan itu."