Arsenal dilaporkan sedang berbincang dengan Juventus untuk mendapatkan khidmat Manuel Locatelli awal tahun depan.

The Gunners sebelum ini sudah mencuba untuk mendapatkan pemain tengah itu selepas aksi memukaunya ketika membantu Itali memenangi Kejohanan Eropah tahun lalu.

Bagaimanapun, Locatelli kemudian memilih untuk menyertai Juventus secara pinjaman dua musim daripada Sassuolo.

Locatelli telah beraksi sebanyak tujuh kali musim ini tetapi tempatnya berkemungkinan akan terancam sebaik Paul Pogba pulih daripada kecederaan.

Dengan itu, Arsenal memanfaatkan kesempatan berkenaan untuk membuka perbincangan dengan Juve bagi mendapatkan pemain itu.