Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, mengetahui bahawa pasukannya akan mengambil masa untuk mencapai tahap Manchester City.

Harapan The Gunners memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris punah selepas tewas 1-0 di Nottingham Forest memberikan City mahkota kelima dalam tempoh enam tahun.

Arsenal mempamerkan musim yang cukup cemerlang, menghabiskan 248 hari di puncak liga, dan mendahului lapan mata ke atas City pada bulan Mac, namun penurunan yang membimbangkan telah menyaksikan mereka hanya menang dua daripada lapan perlawanan terakhir mereka.

Ia membolehkan mereka dipintas oleh skuad kendalian Pep Guardiola yang telah memenangi 11 perlawanan berturut-turut.



Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata Arsenal perlu mencari jalan untuk bersaing dengan City tetapi ia bukan penyelesaian yang cepat.

“Ini adalah tugas saya, ini adalah tugas kami, dan inilah yang patut kelab ini lakukan,” kata Arteta.

“Ia tidak mencukupi. Saya mengetahui kita tidak berada pada tahap terbaik, tetapi kita perlu mencari jalan. Ini tidak mencukupi. Ia tidak akan berubah dalam masa tiga bulan. Kita perlu berada pada tahap itu tetapi kita perlu mencari cara lain untuk melakukannya.

“Sebagai contoh di Forest kami perlu bermain lebih baik. Ini tanggungjawab saya.

“Sebab itu kita perlu mendesak agar perkara ia berlaku. Kejayaan tidak akan terhasil jika kita tidak mendapatkan keputusan yang baik dan berfikir dengan bijak serta memerlukan mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan.”