Bintang muda Everton, Anthony Gordon, menegaskan bahawa dia tidak terdesak untuk meninggalkan Everton biarpun menerima tawaran lumayan pada musim panas lalu.

Tonggak England B-21 itu dilaporkan menjadi rebutan Tottenham dan Chelsea yang sanggup membayar £60 juta (RM300.2j), tetapi rundingan itu gagal dimuktamadkan.

"Itulah bola sepak pada masa kini - ia benar-benar gila. Secara peribadi, saya tidak fikir mana-mana pemain bernilai setinggi itu tetapi saya juga tidak akan meremehkan diri sendiri," katanya kepada Metro UK.

"Wang dalam bola sepak, begitulah keadaannya pada masa ini. Pada hari ini segalanya potensi perlu anda bayar. Begitulah cara bola sepak berlangsung.

"Saya tidak terlalu fokus ke arah itu kerana saya hanya boleh mengawal apa yang boleh sahaja."

Menurutnya lagi: "Saya fikir sebaik sahaja anda memikirkan bahawa anda bernilai RM300.2j, hanya ada satu cara yang boleh anda lakukan.




"Iaitu kekal merendah diri. Anda perlu fokus pada hari ini dan esok dan jangan melihat terlalu jauh ke masa depan.

"Ia sebahagian daripada bola sepak. Apabila anda melakukannya dengan baik, pasti akan timbul spekulasi seperti itu.

"Tetapi oleh kerana di sini sangat bagus, ia bukan tempat di mana saya dikecewakan kerana saya mahu kekal. Saya tidak pernah terdesak untuk meninggalkan Everton."