Pemilik lima Ballon d'Or itu diperkenalkan oleh Al Nassr, Selasa lalu, selepas menandatangani perjanjian lumayan selama dua setengah tahun bersama kelab Arab Saudi berkenaan.
Disebabkan penggantungan domestik dua perlawanan ketika bersama bekas pasukan Manchester United, Ronaldo dijangka tidak akan membuat penampilan sulung menentang Al Tai.
Mereka yang berkumpul di Stadium Universiti King Saud itu kemudian terpaksa menangguhkan hajat mereka berikutan perlawanan terpaksa ditunda dalam tempoh 24 jam.
Kenyataan di akaun rasmi kelab mengesahkan berita itu lebih kurang dua jam sebelum sepak mula pada pukul 6 petang waktu tempatan.
“Disebabkan hujan lebat dan keadaan cuaca yang menjejaskan bekalan elektrik di stadium, kami ingin memaklumkan perlawanan menentang Al Tai pada malam ini perlu ditangguhkan selama 24 jam,” menurut satu kenyataan.
Due to heavy rain and weather conditions impacting the stadium’s electricity, we have been officially informed that tonight’s match against Al Ta'i is postponed for 24 hours.
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) January 5, 2023
We apologise for any inconvenience caused to fans and wish everyone safe travels. https://t.co/TKIOQK8Oqo
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kepada peminat dan berharap semua orang selamat dalam perjalanan."
Ronaldo dijangka akan membuat penampilan sulung ketika berdepan Al Ettifaq pada 21 Januari depan.