Pelanggan Pek Sports dapat akses percuma ke Qatar 2022

Perhatian kepada peminat sukan bola sepak di Malaysia!

Untuk pengalaman tontonan Qatar 2022 yang paling premium dan mengujakan, platform yang tepat adalah ‘The Quest’ bersama Astro, iaitu Home of Sports. Kejohanan bola sepak terbesar dunia bermula pada 21 November, dengan 32 negara berusaha untuk mengatasi pihak lawan mereka dalam 64 perlawanan yang tidak boleh dilepaskan, dan menjulang trofi Piala Dunia yang diidamkan pada 19 Disember.

Hanya pelanggan Pek Sukan Astro mendapat akses percuma dan liputan komprehensif Qatar 2022 untuk menonton semua perlawanan secara langsung di TV tanpa ketinggalan setiap saat menerusi aplikasi Astro GO.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro serta Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Televisyen, Euan Smith berkata, “Sebagai Home of Sports, kami sangat teruja untuk menawarkan pelanggan Pek Sports Astro pengalaman menonton Qatar 2022 yang paling premium dan komprehensif. Kami akan menayangkan kesemua 64 perlawanan secara langsung, di mana 37 daripadanya adalah eksklusif di Astro melalui 3 saluran yang dikhususkan, 2 dalam HD dan 1 dalam UHD. Permainan peringkat bkumpulan paling menarik yang peminat boleh tonton secara eksklusif di Astro termasuk Belanda vs Senegal, England vs Wales dan Korea Selatan vs Portugal. Kami akan menunjukkan setiap detik yang menakjubkan di atas padang dalam 4K UHD dengan Julat Dinamik Tinggi (HDR) pada Ultra Box kami.”

Terlepas saat-saat awal perlawanan? Hanya aktifkan ciri Play from Start untuk melihat saat-saat yang anda ketinggalan. Tidak mampu berjaga untuk perlawanan yang bermula pada pukul 3 pagi? Hanya Cloud Record sahaja sebaik anda terjaga. Tiada di rumah ketika perlawanan sudah bermula? Strim perlawanan secara langsung di Astro GO. Mahu menonton ulangan perlawanan, dapatkan perlawanan masa nyata dan statistik pasukan semasa perlawanan berlangsung? Aktifkan Mod Interaktif anda di Astro GO. Pek Sukan Astro mempunyai pelbagai tawaran kepada pelanggan termasuk mendapat jemputan eksklusif ke pesta tontonan Qatar 2022, 'Meet & Greet' dengan legenda bola sepak dan 'Treasure Hunt' untuk memenangi hadiah.



Tambah Euan, “Menjelang Qatar 2022, peminat boleh menikmati kandungan-kandungan sukan terbaik kami. Kami menyiarkan Liga Perdana, Formula 1, Liga Juara-Juara UEFA & Liga Europa, La Liga, tenis Terbuka AS dan DFB Pokal (Piala Jerman) dalam 4K UHD. Peminat sukan juga boleh mengikuti kejohanan MotoGP, NBA, BWF, UFC, ATP Tours, Tenis Grand Slams dan banyak lagi.”

“Kami teruja untuk berkongsi bahawa kami akan membawa barisan legenda bola sepak yang menarik ke studio kami untuk menyampaikan pengetahuan tentang perlawanan-perlawanan terbaik bersama-sama dengan kemas kini berita dan program sorotan perlawanan. Pelanggan Pek Sports kami boleh bertemu legenda-legenda ini di pesta tontonan kami dan acara Meet & Greet eksklusif semasa Qatar 2022. Nantikan butiran lanjut dan peraduan eksklusif lain di Astro Rewards.”

Dapatkan Pek Sukan Astro hanya pada RM59.99/sebulan selama 6 bulan* dan dapatkan akses percuma kepada kesemua 64 perlawanan Piala Dunia dalam 4K HDR. Daftar sekarang di https://product.astro.com.my/sports.

Kempen 'Go Bola Fiesta' Go Shop menawarkan diskaun sehingga 30% untuk TV 4K, tablet, telefon mudah alih dan banyak lagi produk dari 1 September hingga 31 Oktober 2022. Pelanggan yang membeli TV 4K di Go Shop berpeluang memenangi sepasang tiket untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia di pesta tontonan Astro.

Sertai roadshow mingguan kami pada bulan September untuk memenangi hadiah

Sertai roadshow mingguan kami pada bulan September untuk memenangi hadiah. Ikuti 'Golden Treasure’ di seluruh bandar dan rebut hadiah emas. Buktikan andalah orang yang terpilih untuk mengangkat dan membebaskan Golden Bar untuk berpeluang memenangi baucar JD bernilai sehingga RM300 dan barangan eksklusif Piala Dunia FIFA. Sertai kami di KL, Pulau Pinang, Johor dan Kuantan. Butiran lanjut akan dikongsi di platform media sosial Astro.



Sertai Treasure Hunt Piala Dunia bersama Astro

Ikuti pencarian harta karun ini dan nantikan khazanah yang datang ke bandar anda. Layari www.astro.com.my untuk mendapatkan petunjuk dan lokasi terkini untuk memenangi barangan eksklusif Piala Dunia FIFA dan hadiah bernilai sehingga RM500! Petunjuk pertama akan bermula pada bulan November. Ikuti @astromalaysia dan @stadium.astro di Instagram untuk tidak ketinggalan.



*Tempoh langganan minimum 24 bulan. Tertakluk kepada terma & syarat.