Barcelona mungkin boleh menggunakan khidmat Sergio Aguero tidak lama lagi selepas penyerang itu kelihatan sudah cergas ketika menjalani latihan semalam.

Aguero menyertai Barcelona secara perpindahan percuma selepas kontraknya di Manchester City tamat pada penghujung musim lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu membantu Argentina menjuarai Copa America menjelang musim baru ini tetapi mengalami kecederaan betis sebelum permulaan musim 2021-22, yang menyaksikan dia terlepas aksi beberapa minggu pertama.

Barca dan ketua jurulatih yang berada dalam tekanan, Ronald Koeman, memerlukan segala yang terbaik buat ketika ini.

Blaugrana kini menduduki tangga kesembulan LaLiga selepas tumbang 0-2 kepada Atletico Madrid dalam perlawanan terakhir dan mereka juga tewas kedua-dua perlawanan pertama dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Sebagai pemangkin, Agero sudah mula berlatih sepanjang waktu rehat antarabangsa dan diturunkan dalam perlawanan latihan menentang UE Cornella semalam.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang kepastian sama ada Aguero cukup cergas untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Valencia hujung minggu ini.

Mereka kemudian akan menghadapi Dynamo Kiev dalam UCL sebelum pertembungan Clasico dengan Real Madrid di Camp Nou pada 24 Oktober ini.